Sunday, September 16, 2012

Menjaga Ilmu dengan menghindari maksiat

Menjaga Ilmu dengan menghindari maksiat

قال الاِمام الشافعي رحمه الله تعالى عنه:

شكوتُ اِلى وكيع سوء حفظي          فاَرْشدني اِلى ترك المعاصي
واَخبرني باَنّ العلم نور                  ونور الله لا يهدى لعاصي

Maksudnya:
Telah berkata Imam Syafie rahimahullah:
Aku telah mengadu kepada Waqi' tentang lemahnya hafalanku
Maka beliau telah menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Kemudian memberitahu aku sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya)
Dan nur Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melakukan maksiat.

Keterangan:
Pada suatu ketika secara tidak sengaja Imam Syafie telihat akan betis seorang wanita. Selepas itu apabila beliau ingin menghafaz ilmu yang baru beliau merasakan bahawa hafalannya telah lemah. Seperti yang kita sedia maklum, Imam Syafie terkenal dengan kehebatannya ketika menghafaz sesuatu.
Beliau telah berjumpa dengan Imam Waqi' yang merupakan salah seorang gurunya dan mengadu tentang kesukarannya untuk menghafaz, lantas Imam Waqi' menasihati beliau kemudian menyatakan bahawa ilmu adalah nur (cahaya) dan nur tidak akan seiring dengan maksiat malah akan melenyapkan ilmu seseorang.

No comments: