Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sebuah buku yang saya rasa ianya amat2 bermanfaat bagi kita semua, khususnya para pencinta ilmu Bahasa Arab.
Jika anda seoarang yang minat akan Ilmu Bahasa Arab, pasti anda pernah mengenali sebuah kitab yang bernama "Matan Al-Ajurrumiyyah" karangan seorang ulama' yang bernama Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad Sunhaji (672-723 H), sebuah kitab tentang Ilmu Nahu. Telah ramai dikalangan para ulama' yang telah menghurai / mensyarahkan kitab tersebut.
Baru2 ini saya telah menjumpai sebuah kitab yang telah menghuraikan "Matan Al-Ajurrumiyyah" tersebut. Ia telah dihuraikan dalam Bahasa Melayu dan ditulis dalam tulisan jawi dan kitab tersebut diberi nama "Ilmu Nahu - Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Jawi)". Kitab tersebut telah disusun oleh Ustaz Ashafizrol bin Ab Hamid. Di dalam kitab tersebut juga ada disertakan pendapat daripada kitab2 Ilmu Nahu lain yang terkemuka sebagai maklumat tambahan untuk pembaca.
Setelah saya mengamati kitab tersebut, saya dapati ianya amat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mendalami "Matan Al-Ajurrumiyyah" khususnya para pelajar. Ditulis dalam bahasa melayu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tulisan jawi sebagai penghantar.
Saya ingin mengucapkan syabas, tahniah serta terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ashafizrol di atas usaha murni yang telah dilakukan dan saya mencadangkan kepada pencinta bahasa arab dan ilmu nahu agar memiliki kitab tersebut.
No comments:
Post a Comment