Tuesday, September 18, 2012

Islam Liberal - Isu dan Cabaran


Islam Liberal - Isu dan cabaran

Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada kalian sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap umat Islam yang betul2 berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Membahaskan dengan terperinci tentang apa yang dimaksudkan dengan Islam liberal dan juga apa yang dimaksudkan dengan plural dan sebagainya.
Sama ada sedar ataupun tidak, golongan2 ini telah pun menular masuk ke dalam masyarakat Islam dengan membawa ideologi2 yang bercanggah dengan Islam yang sebenar. Oleh itu kita semua haruslah berhati-hati dengan setiap ideologi2 baru yang seakan-akan sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini. Ideologi tersebut sebenarnya telah membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah sambil menyatakan bahawa setiap penyataan daripada Al-Quran dan As-Sunnah harus dikaji semula dan diubah mengikut peredaraan zaman.

Membawa fahaman yang menyatakan bahawa setiap agama adalah sama. Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Kerana pada hakikatnya setliap agama adalah berbeza dari segi prinsip, asas dan syariatnya. Maka adalah suatu kesalahan yang besar bagi yang menyatakan bahawa setiap agama adalah sama dengan yang lain.

Diharapkan selepas membaca buku ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas agenda2 sesat yang digunakan bagi mengalih pandangan sebenar Islam kepada perspektif yang tidak berasas yang boleh merosakkan pegangan sebenar umat Islam kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Ulama Malaysia. Setiap penulis membawa tajuk2 khas bagi merungkai permasalahan dan perbahasan dengan lebih terperinci. 

Kalam Penerbit:
"Buku ini membicarakan isu-isu berkaitan Islam Liberal yang memberi kesan terhadap pemikiran umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Ia adalah hasil kajian beberapa penyelidik yang telah melakukan penyelidikan dan pemerhatian terhadap isu ini. Islam Liberal harus ditangani dengan baik agar ia tidak merosakkan minda masyarakat Islam dengan fikiran-fikiran yang bercanggah dengan dalil-dalil dan nas yang telah membentuk pemikiran Islam sedari zaman Rasulullah saw. Ia tidak harus dicemari, ia harus dilestari. Kami dengan rendah hati memaparkan buku ini untuk semua para pembaca. Selamat membaca buku ini."

No comments: