Tuesday, September 18, 2012

Ilmu Nahu - Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Jawi)


Ilmu Nahu - Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Jawi)

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sebuah buku yang saya rasa ianya amat2 bermanfaat bagi kita semua, khususnya para pencinta ilmu Bahasa Arab.

Jika anda seoarang yang minat akan Ilmu Bahasa Arab, pasti anda pernah mengenali sebuah kitab yang bernama "Matan Al-Ajurrumiyyah" karangan seorang ulama' yang bernama Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad Sunhaji (672-723 H), sebuah kitab tentang Ilmu Nahu. Telah ramai dikalangan para ulama' yang telah menghurai / mensyarahkan kitab tersebut.

Baru2 ini saya telah menjumpai sebuah kitab yang telah menghuraikan "Matan Al-Ajurrumiyyah" tersebut. Ia telah dihuraikan dalam Bahasa Melayu dan ditulis dalam tulisan jawi dan kitab tersebut diberi nama "Ilmu Nahu - Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Jawi)". Kitab tersebut telah disusun oleh Ustaz Ashafizrol bin Ab Hamid. Di dalam kitab tersebut juga ada disertakan pendapat daripada kitab2 Ilmu Nahu lain yang terkemuka sebagai maklumat tambahan untuk pembaca.

Setelah saya mengamati kitab tersebut, saya dapati ianya amat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mendalami "Matan Al-Ajurrumiyyah" khususnya para pelajar. Ditulis dalam bahasa melayu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tulisan jawi sebagai penghantar.
Saya ingin mengucapkan syabas, tahniah serta terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ashafizrol di atas usaha murni yang telah dilakukan dan saya mencadangkan kepada pencinta bahasa arab dan ilmu nahu agar memiliki kitab tersebut.

Islam Liberal - Isu dan Cabaran


Islam Liberal - Isu dan cabaran

Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada kalian sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap umat Islam yang betul2 berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Membahaskan dengan terperinci tentang apa yang dimaksudkan dengan Islam liberal dan juga apa yang dimaksudkan dengan plural dan sebagainya.
Sama ada sedar ataupun tidak, golongan2 ini telah pun menular masuk ke dalam masyarakat Islam dengan membawa ideologi2 yang bercanggah dengan Islam yang sebenar. Oleh itu kita semua haruslah berhati-hati dengan setiap ideologi2 baru yang seakan-akan sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini. Ideologi tersebut sebenarnya telah membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah sambil menyatakan bahawa setiap penyataan daripada Al-Quran dan As-Sunnah harus dikaji semula dan diubah mengikut peredaraan zaman.

Membawa fahaman yang menyatakan bahawa setiap agama adalah sama. Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Kerana pada hakikatnya setliap agama adalah berbeza dari segi prinsip, asas dan syariatnya. Maka adalah suatu kesalahan yang besar bagi yang menyatakan bahawa setiap agama adalah sama dengan yang lain.

Diharapkan selepas membaca buku ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas agenda2 sesat yang digunakan bagi mengalih pandangan sebenar Islam kepada perspektif yang tidak berasas yang boleh merosakkan pegangan sebenar umat Islam kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Ulama Malaysia. Setiap penulis membawa tajuk2 khas bagi merungkai permasalahan dan perbahasan dengan lebih terperinci. 

Kalam Penerbit:
"Buku ini membicarakan isu-isu berkaitan Islam Liberal yang memberi kesan terhadap pemikiran umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Ia adalah hasil kajian beberapa penyelidik yang telah melakukan penyelidikan dan pemerhatian terhadap isu ini. Islam Liberal harus ditangani dengan baik agar ia tidak merosakkan minda masyarakat Islam dengan fikiran-fikiran yang bercanggah dengan dalil-dalil dan nas yang telah membentuk pemikiran Islam sedari zaman Rasulullah saw. Ia tidak harus dicemari, ia harus dilestari. Kami dengan rendah hati memaparkan buku ini untuk semua para pembaca. Selamat membaca buku ini."

Galakan bernikah pada Bulan Syawal

Galakan bernikah pada Bulan Syawal

حدثنا ابو بكر بن ابي شَيبة وزهير بن حربٍ "واللفظ لزهير" قالا : حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن اسماعيل بن اُميّة عن عبد الله بن عُروة عن عروة عن عائشة قالت : تزوّجْني رسول الله صلى الله عليه وسلم في شوّالٍ وبَنى بي في شوال، فاَيُّ نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم كان اَحظى عنده منِّي؟ قال : وكانت عائشةُ تَستحبُّ ان تُدخِل نساءها في شوال

Maksudnya:
Rasullullah saw mengahwiniku pada bulan Syawal dan mulai bercampur denganku pada bulan Syawal (juga). Maka siapakah isteri2 Rasulullah saw yang lebih dicintai oleh beliau daripada saya?
Aisyah merasa senang jika wanita2 mula dicampuri (digauli) pada bulan Syawal.

Huraian Hadith:
Saidatina Aisyah menyatakan bahawa beliau telah dinikahi dan dicampuri pada bulan Syawal. Maka berdasarkan hadith ini, para ulama' telah menetapkan bahawa pernikahan pada bulan Syawal merupakan suatu perkara yang digalakkan dan merupakan daripada sunnah baginda saw.

Perkahwinan merupakan suatu syi'ar Islam dan perkara yang perlu disempurnakan oleh setiap umat Islam dalam kehidupan mereka. Oleh itu setiap umat Islam seharusnya melaksanakannya (pernikahan) pada waktu yang terbaik sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith di atas.

Maka, seharusnya bagi setiap umat yang mencintai baginda saw menghidupkan sunnah baginda dikalangan ahli keluarga, saudara mara serta sahabat handai.

Sunday, September 16, 2012

Menjaga Ilmu dengan menghindari maksiat

Menjaga Ilmu dengan menghindari maksiat

قال الاِمام الشافعي رحمه الله تعالى عنه:

شكوتُ اِلى وكيع سوء حفظي          فاَرْشدني اِلى ترك المعاصي
واَخبرني باَنّ العلم نور                  ونور الله لا يهدى لعاصي

Maksudnya:
Telah berkata Imam Syafie rahimahullah:
Aku telah mengadu kepada Waqi' tentang lemahnya hafalanku
Maka beliau telah menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Kemudian memberitahu aku sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya)
Dan nur Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melakukan maksiat.

Keterangan:
Pada suatu ketika secara tidak sengaja Imam Syafie telihat akan betis seorang wanita. Selepas itu apabila beliau ingin menghafaz ilmu yang baru beliau merasakan bahawa hafalannya telah lemah. Seperti yang kita sedia maklum, Imam Syafie terkenal dengan kehebatannya ketika menghafaz sesuatu.
Beliau telah berjumpa dengan Imam Waqi' yang merupakan salah seorang gurunya dan mengadu tentang kesukarannya untuk menghafaz, lantas Imam Waqi' menasihati beliau kemudian menyatakan bahawa ilmu adalah nur (cahaya) dan nur tidak akan seiring dengan maksiat malah akan melenyapkan ilmu seseorang.

Thursday, April 19, 2012

Majlis bersama Al-'Alamah Habib Umar BenHafidz di Johor Bahru

Habib Umar BenHafidz sedang menyampaikan Tausiah sambil dibantu oleh penterjemah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hameed.
Subuh 20.04.2012 Jumaat.
Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Habib Umar sedang menyampaikan kuliah.
قراءة ورد اللطيف
Habib Umar setelah selesai menunaikan solat sunnah
Wirid selepas menunaikan Solat Subuh berjamaah, diimamkan oleh
Habib Umar BenHafidz.



Saturday, October 8, 2011

Kaedah Pengiraan Zakat

1. Zakat Wang Simpanan

Bagi pengiraan zakat wang simpanan hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah (354 hari)

Contoh Simpanan Tetap:

Tarikh

Simpanan

01.01.2009

31.12.2009

RM 10,000.00

RM 10,500.00

Zakatnya : RM 10,000.00 x 2.5 % = RM 250.00

Contoh Simpanan Tidak Tetap:

Tarikh

Masuk (RM)

Keluar

Baki (RM)

01.01.2009

04.04.2009

08.06.2009

15.08.2009

31.12.2009

10,000.00

-

1,000.00

-

400.00

-

1.000.00

-

2,000.00

-

10,000.00

9,000.00

10,000.00

8,000.00

8,400.00


Zakat 1/40 atau 2.5 % dari baki terendah yang ada di didalam simpanan yang cukup setahun iaitu RM 8,000.00 x 2.5 % = RM 200.00 (Nisab bersandarkan 85 gram emas semasa)


2. Zakat Emas

a) Emas yang disimpan
  • Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % atau nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh Pengiraan:
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 7,000.00 nilai semasa, maka zakatnya ialah sebanyak : RM 7,000.00 x 2.5 % = RM 175.00

b) Emas yang dipakai
  • Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat, kecuali ia melebihi `URUF`, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % atas nilai lebihan URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini URUF yang digunakan di Malaysia ialah 850 gram.
Contoh Pengiraan:
Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 900 gram, maka cara pengiraannya ialah:
900 gram (harga semasa) - 850 gram (uruf) = 50 gram x harga semasa (gram) = jumlah x 2.5 % = jumlah zakat yang dikenakan


3. Zakat Pertanian (Padi)
  • 5 % jika menggunakan jentera dan saliran
  • 10 % jika menggunakan air hujan semata-mata

4. Zakat Ternakan
  • Dikenakan ke atas ternakan seperti lembu / kerbau dan kambing / biri-biri
  • Berpandukan jumlah peliharaan
Contoh :- lembu / kerbau

Nisab

Zakatnya

Umur

30 - 39 ekor

40 - 49 ekor

1 ekor

1 ekor

1 tahun +

2 tahun +


Contoh :- kambing / biri-biri

Nisab

Zakatnya

Umur

40 – 120 ekor

121 – 200 ekor

1 ekor

2 ekor

1 tahun

1 tahun








5. Zakat Saham
  • 2.5 % atas nilai terendah semua saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada)
  • Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, nilai pada akhir HAUL boleh dijadikan asas pengiraan zakat x 2.5 %

6. Zakat KWSP / Insurans dan seumpamanya
  • 2.5 % sebaik sahaja dikeluarkan
  • Contoh : Dikeluarkan RM 40,000.00 x 2.5 % = RM 1,000.00

* Zakat boleh disampaikan terus/secara langsung kepada golongan atau asnaf yang layak menerimanya.