حدثنا ابو بكر بن ابي شَيبة وزهير بن حربٍ "واللفظ لزهير" قالا : حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن اسماعيل بن اُميّة عن عبد الله بن عُروة عن عروة عن عائشة قالت : تزوّجْني رسول الله صلى الله عليه وسلم في شوّالٍ وبَنى بي في شوال، فاَيُّ نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم كان اَحظى عنده منِّي؟ قال : وكانت عائشةُ تَستحبُّ ان تُدخِل نساءها في شوال
Maksudnya:
Rasullullah saw mengahwiniku pada bulan Syawal dan mulai bercampur denganku pada bulan Syawal (juga). Maka siapakah isteri2 Rasulullah saw yang lebih dicintai oleh beliau daripada saya?
Aisyah merasa senang jika wanita2 mula dicampuri (digauli) pada bulan Syawal.
Huraian Hadith:
Saidatina Aisyah menyatakan bahawa beliau telah dinikahi dan dicampuri pada bulan Syawal. Maka berdasarkan hadith ini, para ulama' telah menetapkan bahawa pernikahan pada bulan Syawal merupakan suatu perkara yang digalakkan dan merupakan daripada sunnah baginda saw.
Perkahwinan merupakan suatu syi'ar Islam dan perkara yang perlu disempurnakan oleh setiap umat Islam dalam kehidupan mereka. Oleh itu setiap umat Islam seharusnya melaksanakannya (pernikahan) pada waktu yang terbaik sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith di atas.
Maka, seharusnya bagi setiap umat yang mencintai baginda saw menghidupkan sunnah baginda dikalangan ahli keluarga, saudara mara serta sahabat handai.
No comments:
Post a Comment