Semangat dan perjuangan Habib Ali Al-Jufri dalam menyampaikan ilmu dan dakwah Islam walau dimana sahaja.
Video ini dirakam ketika Habib Ali berada di KLIA, Kuala Lumpur sebelum beliau berangkat pulang.
Antara perkara yang disampaikan oleh Habib Ali didalam video ini ialah:
Pentingnya setiap insan untuk mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu didalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun hanya membincangkan atau mempelajari satu masalah daripada ilmu. Dan janganlah berlalunya satu hari tanpa ada satu pun daripada ilmu yang kita terima atau pelajari.
Beliau juga ada menyebutkan kisah seorang yang buta tetapi mempunyai semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu sehingga dia sanggup berjalan dalam jarak yang jauh hanya semata-mata untuk menghadiri majlis ilmu. Tetapi orang tersebut menetapkan pada dirinya yang dia akan menerima satu ilmu sahaja dalam setiap majlis ilmu yang dihadirinya disebabkan matanya buta maka dia tidak mampu menulis. Kemudian apabila dia telah menerima satu ilmu, dia akan pulang ke rumah walaupun majlis ilmu tersebut belum selesai. Dia mempunyai seorang anak perempuan, dan anaknya itu akan memimpin serta membawanya ke setiap majlis ilmu yang akan dihadiri olehnya.
Pada suatu hari ketika dalam perjalanan untuk ke majlis ilmu, dia terasa untuk membuang air kecil lalu memberitahu anaknya. Kemudian anaknya mengambil batu dan mengetuk tanah yang dipijak olehnya. Dia pun bertanya kepada anaknya: "mengapa engkau mengetuk tanah tersebut"
anaknya menjawab: "aku telah pelajari, jika kita hendak membuang air kecil haruslah diatas tanah yang lembut, kerana jika diatas tanah yang keras akan menyebabkan air najis merecik kearah kita"
setelah selesai memunaikan hajat, dia mengajak anaknya pulang. Anaknya bertanya: "kenapa hendak pulang sedangkan kita belum lagi sampai ke majlis ilmu yang hendak kita hadiri"
dia menjawab: "aku telah pelajari satu ilmu daripada kamu iaitu hendaklah menunaikan hajat ditanah yang lembut, jika ditanah yang keras dikhuatiri akan terkena percikan air najis"
selepas itu mereka terus pulang ke rumah.
Faedah yang dapat diambil daripada kisah tersebut ialah kesungguhan dalam menuntut ilmu walaupun satu ilmu dalam sehari.
Habib Ali juga menegaskan kepada kita supaya ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam apa jua yang kita lakukan. Beliau juga berharap supaya kita dapat menyampaikan ilmu pada setiap insan diatas muka bumi ini, samaada Islam atau kafir atau sesiapa pun. Yang penting sampaikanlah ilmu dan kebaikan pada setiap orang.
Semoga kita dapat mengambil manfaat dari apa yang disampaikan oleh beliau.
(bagi yang tidak faham bahasa arab, terdapat penterjemah Habib yang menterjemah ke dalam bahasa inggeris didalam video ini)
No comments:
Post a Comment