Monday, March 31, 2008

Ludah (belanda, holland, dutch, netherlands)

Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan sebuah filem yang telah dibuat oleh seorang ahli parlimen belanda/holland yang bernama Geert Wilders. Filem tersebut bertajuk (Fitna) ia telah menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam diseluruh dunia.
Filem tersebut menyampaikan mesej yang menunjukkan seolah-olah umat Islam adalah pengganas dan dia telah memutar belitkan fakta dan juga ayat-ayat Al-Quran dengan menuduh agama Islam telah menyuruh kepada menghancurkan orang-orang bukan Islam (non-muslim) dan menjadi pengganas.

Malangnya segala apa yang ingin disampaikan olehnya itu tidak benar sama sekali. Islam tidak pernah mengajar umatnya kepada keganasan, pembantaian, pembunuhan dan sebagainya. Malahan perkara-perkara tersebut berlaku keatas umat Islam, orang-orang Islam yang dibantai, dicemuh, dipukul dan dibunuh. Itu semua adalah kerja-kerja yahudi dan kristian.
Islam hanya menyeru umatnya supaya mempertahankan agama Islam dari dicela dan menentang kezaliman apabila dizalimi.

Jadi setiap manusia kena faham akan situasi yang berlaku sekarang ini. Maka, kita sebagai seorang muslim haruslah menentang kerja-kerja jahat mereka-mereka ini setakat yang mampu, sama ada menggunakan tangan, jika tidak mampu maka gunakan lidah, jika tidak mampu maka gunakan hati yang bermaksud tidak redha dengan apa yang berlaku dan menolaknya dengan sebulat hati. Ini sepertimana yang disebutkan didalam hadith.

Sebagai langkah protes dan tentangan terhadap perkara buruk yang dilakukan oleh mereka, perkara yang amat mengaibkan dan amat menyentuh sensitiviti umat Islam. Satu tindakan yang mampu dilakukan oleh seluruh umat Islam ialah dengan memboikot barangan-barangan dari negara mereka yang dikenali sebagai (belanda, holland, dutch, netherlands) tindakan ini juga telah disarankan oleh bekas perdana menteri kita Dr. Mahathir Mohammad.

Antara produk dan barangan yang dikeluarkan oleh mereka adalah seperti berikut :-

1- syarikat minyak Shell
2- barangan eletrik Philips
3- Dutch Lady
4- semua produk dan barangan dibawah syarikat UNILEVER, antaranya :

Breeze - Knorr - Clear - Ladys Choice - Dove - Lipton - Walls - Lux - Ponds - Rexona -
Sunsilk - Ben & Jerry's - Fair and Lovely
















No comments: