Friday, February 29, 2008

Petunjuk yang Terbaik.

Istikharah…Cara Terbaik Untuk Satu Keputusan.

Setiap manusia tidak terlepas daripada dibebani masalah dan juga kekeliruan untuk membuat sesuatu keputusan. Maka dengan itu, Allah s.w.t telah mengurniakan kepada umat Muhammad s.a.w suatu cara yang terbaik yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan juga untuk membuat sesuatu keputusan yang terbaik.

Sebagai manusia, kadang kala kita tidak mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan juga membuat keputusan, kerana batas pemikiran yang dikurniakan Allah kepada kita amat terhad dan mungkin tidak terjangkau didalam pemikiran kita, apakah sesuatu keputusan yang kita buat itu betul atau tidak.

Oleh itu, sebagai seorang hambaNya, wajarlah bagi kita untuk memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah s.w.t dalam apa jua masalah dan kekeliruan yang kita alami. Kerana sesungguhnya ilmu Allah itu terlalu luas dan Dia sahaja yang mampu menunjukkan kepada kita jalan yang terbaik untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah dan juga membuat sesuatu keputusan.


عن جابِرٍ رضيَ اللَّه عنه قال : كانَ رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ في الأُمُور كُلِّهَا كالسُّورَةِ منَ القُرْآنِ ، يَقُولُ إِذا هَمَّ أَحَدُكُمْ بالأمر ، فَليَركعْ رَكعتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفرِيضَةِ ثم ليقُلْ :

Maksudnya:

Daripada Jabir r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w , telah mengajar kami tentang "Istikharah" (membuat pilihan dan mohon petunjuk) pada setiap perkara, seperti mana baginda mengajar kami surah daripada Al-Quran. Beliau berkata, jika seseorang daripada kamu berdukacita atau susah hati pada sesuatu perkara , maka dirikanlah dua rakaat selain daripada kewajipan (solat fardhu), kemudian bacalah:


اللَّهُم إِني أَسْتَخِيرُكَ بعِلْمِكَ ، وأستقدِرُكَ بقُدْرِتك ، وأَسْأَلُكَ مِنْ فضْلِكَ العَظِيم ، فإِنَّكَ تَقْدِرُولا أَقْدِرُ ، وتعْلَمُ ولا أَعْلَمُ ، وَأَنتَ علاَّمُ الغُيُوبِ . اللَّهُمَّ إِنْ كنْتَ تعْلَمُ أَنَّ هذا الأمرَ خَيْرٌ لي في دِيني وَمَعَاشي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِله ، فاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي، ثمَّ بَارِكْ لي فِيهِ ، وَإِن كُنْتَ تعْلمُ أَنَّ هذَا الأَمْرَ شرٌّ لي في دِيني وَمَعاشي وَعَاقبةِ أَمَرِي، عَاجِل أَمري وآجِلهِ ، فاصْرِفهُ عَني ، وَاصْرفني عَنهُ، وَاقدُرْ لي الخَيْرَ حَيْثُ كانَ ، ثُمَّ رَضِّني به

Doa Istikharah:

"Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia untukku dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palingkanlah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya, kemudian tentukanlah untukku akan kebaikan pada setiap ketetapan, kemudian redhailah akan daku dengannya" (niatkan hajat atau urusan selepas selesai membaca doa ini).

Tuesday, February 26, 2008

Golongan Penghuni Neraka?

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: صنفان من أهل النار لم أرهما، قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات مائلات مميلات على رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة، لا يدخلن الجنة ولا يجد ريحها، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Suatu kaum yang tangan mereka menggenggam cambuk seperti ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita- wanita yang berpakaian namun seperti telanjang dan berlenggak lenggok, kepalanya bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian.

Keterangan Hadis.
Hadis diatas menerangkan tentang dua golongan yang menjadi penghuni neraka.

Golongan pertama adalah golongan pemerintah yang zalim yang mana mereka memerintah menggunakan kekerasan dengan membantai orang-orang dibawahnya.

Golongan kedua adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, apa yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang mempamerkan sebahagian daripada tubuh badannya dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk akan kecantikannya.
-Kemudian wanita-wanita yang memakai pakaian ketat, singkat dan nipis yang menampakkan bentuk tubuh badannya walaupun mereka menutup aurat dan juga bertudung, tetapi masih menampakkan bentuk dada, pinggul dan juga bentuk badan mereka.
-Kemudian wanita-wanita yang berlenggang-lenggok apabila berjalan dengan tujuan untuk mengambil perhatian lelaki supaya melihat dirinya.

Wanita-wanita yang digambarkan oleh Rasul didalam hadis diatas sekarang banyak sekali kita lihat. Malah itu sudah menjadi suatu tradisi dan dianggap lumrah. Ini adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan dengan mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Akhir sekali, dengan harapan, perkara-perkara tersebut dapat kita ubah sedikit demi sedikit walaupun ianya sudah membudaya dikalangan masyarakat kita. Semoga keperibadian muslim dan muslimah yang sebenar dapat dicerminkan...InsyaAllah.

Kenali Ulama' Nusantara


Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


Dilahirkan di Banjar, Kalimantan Selatan pada tanggal 1 september 1960 masihi. Beliau anak ketiga dari tujuh bersaudara. Belajar Al-Quran pada neneknya, ibu saudaranya, dan pada kakaknya yang sulung.

Pada tahun 1974, beliau sekeluarga telah berhijrah ke tanah suci Mekah dan meneruskan pendidikannya di Madrasah Shaulathiah hingga tahun !982 dan mendapatkan nilai yang sangat memuaskan.

Disamping belajar secara formal, beliau menyempatkan diri mengikuti majlis pengajian secara tidak formal di Masjidil Haram dan dikediaman para guru. Beliau juga sering mencurahkan ilmunya pada para pelajar Indonesia. Banyak kitab-kitab yang telah diajarkan oleh beliau seperti; kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, Umdatus Salik, dan Bidayatul Hidayah.

Pada tahun !983, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Kaherah didalam fakulti Syariah. Kemudian, pada tahun 1990 beliau terus menyambung pengajiannya di Institut Pengajian Islam, Zamalik di Kaherah Mesir.

Setelah menamatkan pembelajarannya, beliau menumpahkan perhatiannya dalam mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar Asia, (Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) yang menimba ilmu di Universiti Al-Azhar, sehingga beliau mendapat gelaran Al-Azharus Thani (Azhar kedua). Suatu gelaran yang terhormat dan tulus dari mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Selain itu, beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Li Tafaquh Fid Din" yang dimulai tahun 1987 hingga 1998. Disamping mengajar, beliau aktif menulis buku agama berbahasa arab dan melayu. Buku bahasa arab yang ditulisnya banyak tersebar luas di timur tengah dan asia.

Diantara buku yang pernah ditulisnya:

Buku Bahasa Arab;
1- Al Ibrah Bi Ba'di Mu'jizati Khairul Bashar.
2- Ma'ah Auliya'i As solihin.
3- Nafaisyi Darar.
4- Adabul Musafahah.
5- Safarul Mar'ah.
6- dan lain-lain lagi.

Buku Bahasa Melayu;
1- Hukum wanita bermusafir.
2- Faedah Bank menurut pandangan Islam.
3- Persoalan Haid, Nifas dan Istihadah.
4- Pandangan Ulama' tentang pemindahan anggota badan.

Beliau juga telah mengarang, mentahqiq serta mensyarah lebih dari 100 buku. Beberapa karyanya kini banyak dijadikan rujukan di beberapa perguruan tinggi, termasuk kitab beliau "Qawa'id Fiqhiyyah" yang kini digunakan sebagai salah satu rujukan di Fakulti Syariah, di beberapa Universiti di Malaysia.

Kini beliau telah membina beberapa madrasah dan tempat pengajian. Antaranya ialah: Ma'had Tarbiah Islamiah (Malaysia) dan Ma'had Az Zain Al Makki Li Tafaquh Fid Din (Bogor, Indonesia)

Beliau adalah seorang Ulama' yang disegani. Seorang Ulama' yang wara' dan berjiwa besar dalam menyampaikan Ilmu-ilmu Allah.