Saturday, October 8, 2011

Kaedah Pengiraan Zakat

1. Zakat Wang Simpanan

Bagi pengiraan zakat wang simpanan hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah (354 hari)

Contoh Simpanan Tetap:

Tarikh

Simpanan

01.01.2009

31.12.2009

RM 10,000.00

RM 10,500.00

Zakatnya : RM 10,000.00 x 2.5 % = RM 250.00

Contoh Simpanan Tidak Tetap:

Tarikh

Masuk (RM)

Keluar

Baki (RM)

01.01.2009

04.04.2009

08.06.2009

15.08.2009

31.12.2009

10,000.00

-

1,000.00

-

400.00

-

1.000.00

-

2,000.00

-

10,000.00

9,000.00

10,000.00

8,000.00

8,400.00


Zakat 1/40 atau 2.5 % dari baki terendah yang ada di didalam simpanan yang cukup setahun iaitu RM 8,000.00 x 2.5 % = RM 200.00 (Nisab bersandarkan 85 gram emas semasa)


2. Zakat Emas

a) Emas yang disimpan
  • Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % atau nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh Pengiraan:
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 7,000.00 nilai semasa, maka zakatnya ialah sebanyak : RM 7,000.00 x 2.5 % = RM 175.00

b) Emas yang dipakai
  • Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat, kecuali ia melebihi `URUF`, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % atas nilai lebihan URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini URUF yang digunakan di Malaysia ialah 850 gram.
Contoh Pengiraan:
Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 900 gram, maka cara pengiraannya ialah:
900 gram (harga semasa) - 850 gram (uruf) = 50 gram x harga semasa (gram) = jumlah x 2.5 % = jumlah zakat yang dikenakan


3. Zakat Pertanian (Padi)
  • 5 % jika menggunakan jentera dan saliran
  • 10 % jika menggunakan air hujan semata-mata

4. Zakat Ternakan
  • Dikenakan ke atas ternakan seperti lembu / kerbau dan kambing / biri-biri
  • Berpandukan jumlah peliharaan
Contoh :- lembu / kerbau

Nisab

Zakatnya

Umur

30 - 39 ekor

40 - 49 ekor

1 ekor

1 ekor

1 tahun +

2 tahun +


Contoh :- kambing / biri-biri

Nisab

Zakatnya

Umur

40 – 120 ekor

121 – 200 ekor

1 ekor

2 ekor

1 tahun

1 tahun








5. Zakat Saham
  • 2.5 % atas nilai terendah semua saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada)
  • Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, nilai pada akhir HAUL boleh dijadikan asas pengiraan zakat x 2.5 %

6. Zakat KWSP / Insurans dan seumpamanya
  • 2.5 % sebaik sahaja dikeluarkan
  • Contoh : Dikeluarkan RM 40,000.00 x 2.5 % = RM 1,000.00

* Zakat boleh disampaikan terus/secara langsung kepada golongan atau asnaf yang layak menerimanya.