Tuesday, October 20, 2009

Mengapa bencana sering terjadi.

Tanggal 30 september 2009 kita dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di Padang Sumatera Barat, yang meragut ramai nyawa.

Saya tertarik dengan apa yang telah disampaikan oleh seorang ustaz didalam video ini. Mengapa terjadi bencana??? Ini semua adalah suatu peringatan untuk kita semua, semoga kita semua dapat merenung dan fikirkan. Ujian dan peringatan dari Allah ini bila-bila masa boleh berlaku. Dengan harapan supaya kita semua sedar dan perbetulankan apa yang tak betul sebelum terlambat.

Semoga ianya menjadi iktibar untuk kita semua sebagai hamba kepada Allah yang maha kuasa.

Firman Allah didalam surah Al-Isra' ayat 16: "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya"

Friday, October 16, 2009

Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa

Beliau adalah Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin Umar bin ‘Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad al-Musawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Ghayur bin Muhammad Faqih al-Muqaddam bin ‘Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali Khali' Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal Abidin bin Husein cucu kesayangan Rasulullah, anak kepada Sayyidatina Fathimah - puteri kesayangan Rasulullah - dan Sayyidina‘Ali bin Abu Tholib r.a

Beliau dilahirkan di Cipanas, Cianjur, Jawa barat, pada hari Jum'at, tanggal 23 Februari 1973 bersamaan dengan 19 Muharram 1393H. Beliau mendalami ilmu syariah Islam di Ma'had as-Saqafah yang dipimpin oleh Habib Abdurrahman As-saggaf di Bukit Duri Jakarta Selatan. Seterusnya mengambil kursus bahasa.’Arab di LPBA as-Salafi, Jakarta Timur. Kemudian beliau belajar di Ma’had al-Khairat, Bekasi Timur.

Pengajian beliau tidak terhenti disetakat itu sahaja, seterusnya beliau ke berangkat ke Tarim Hadhramaut Yaman untuk menyambung pengajiannya di Ma’had Darul Musthafa selama 4 tahun. Darul Musthofa adalah sebuah pusat pengajian terkenal yang dipimpin oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, seorang ulama yang terkenal masakini. Dan menurut berita terkini, Darul Musthofa kini sudah dinaikkan taraf menjadi Jamiah. Allahu Allah. Dan di Darul Musthofa inilah Habib Munzir mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawuf, mahabbaturrasul s.a.w, ilmu dakwah dan ilmu-ilmu syariah lainnya.

Beliau kembali ke Indonesia pada tahun 1998. Langkah pertama beliau lakukan sekembalinya dari Tarim adalah berdakwah iaitu dengan mengunjungi rumah ke rumah, duduk dan bermesra dengan mereka dan memberi panduan jalan keluar dalam segala permasalahan. Lalu atas permintaan orang-orang yang beliau kunjungi itu maka beliau mulai membuka majlis. Pada peringkat awalnya, jumlah hadirin hanya sekitar enam orang dan beliau terus berdakwah dengan meyebarkan kelembutan Allah Ta’ala, yang membuat hati pendengar sejuk. Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau tidak mencampuri urusan politik. Beliau menekankan mengenai tujuan utama manusia dijadikankan iaitu adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala.iaitu dengan mewarnai kehidupan mengikut panduan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Hasil dari kesabaran beliau berdakwah, kini majlis taklimnya yang lebih dikenali dengan MAJELIS RASULULLAH mempunyai ramai hadirin, mencecah ribuan orang. Bahkan didalam sesetengah majlis-majlis dibeliau adakan, hadirin mencecah puluhan ribu orang. Yang terkini adalah yang beliau, Habib Munzir bersama MAJELIS RASULULLAH dan Ustaz ‘Ariffin Ilham bersama MAJLIS AZZIKRA bergabung mengadakan Tabligh Akbar di Masjid Istiqlal yang mana dihadiri lebih dari 200,000 orang. Dan yang yang membanggakan adalah majoriti daripada para hadirin adalah dari kalangan anak-anak muda.
(sumber: majelisrasullullah.org & majlisilmu.blogspot.com)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Saudara-saudaraku sekalian. Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak update blog ini disebabkan ada beberapa urusan yang perlu saya buat dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini. Dengan izin Allah sekarang saya akan cuba untuk menyambung semula rilisan supaya kita dapat berkongsi sedikit sebanyak faedah yang bermanfaat untuk kita semua. Semoga apa jua kebaikan yang kita lakukan mendapat keberkatan dan ganjaran yang besar disisi Allah...Amin.

الفقير الحقير إلى رب العلى الجليل
إبن مبارك